
Keluasan untuk Hidup, Keselesaan untuk Semua

Keluasan untuk Hidup, Keselesaan untuk Semua
Pembangunan Perumahan Rizab Melayu
Ruang untuk Setiap Fasa Kehidupan
Terletak di Sungai Besar, kediaman ini menawarkan rumah setingkat yang luas, direka khusus untuk keselesaan dan gaya hidup keluarga. Pilihan ideal bagi pembeli rumah pertama yang ingin memiliki rumah dalam kawasan Rizab Melayu.
Dua pilihan kediaman, dilengkapi dengan taman peribadi dan reka bentuk tanpa tangga sesuai untuk kemudahan semua generasi, daripada kanak -kanak hingga warga emas.

Menawarkan empat bilik tidur yang luas, siling tinggi dan keluasan tanah yang lapang, kediaman ini memberikan ruang dan keselesaan pada harga yang sangat berbaloi.
Lebih Ruang Pada, Harga yang Sama

Reka Bentuk Moden dan Bergaya
Bumbung rata, dapur terbuka dan pintu taman yang luas menjadikan rumah ini tampak moden dan bersih, sambil disinari cahaya semula jadi yang menenangkan.

Kediaman Rumah Setingkat
Kediaman setingkat ini direka khas untuk semua generasi, menampilkan bilik tidur kedua dan bilik mandi bersambung khas untuk ahli keluarga warga emas.

Kawasan Sekitar
Terletak berhampiran dengan sekolah, hospital, kedai, dan masjid. Kejiranan ini menawarkan segala kemudahan yang mudah diakses untuk kehidupan seharian anda.





